Saturday 6 April 2013

lp lindam Wat Thepchumnumnaka (Wat Naka) 乌舌菩藏







Wat Thepchumnumnaka (Wat Naka) - 黑舌圣僧
生于1888年7月18号、圆寂于1966年11月21号11.30pm



SEJARAH HIDUP PHRAKHRU NIKRODHAMMATHADA

Latar belakang

Beliau telah dilahirkan pada 18 Julai 1888, hari Rabu di Kampung Phakhla, Daerah Padang Terap, Negeri Saiburi (sekarang Kg. Chang Deng, Daerah Padang Terap, Kedah). Nama asal beliau ialah Nai Chum Suwannarat. Bapa bernama Nai Boon Keow Suwannarat dan ibunya bernama Nang Boon Thong Suwannarat, bangsa Thai dan warganegara Malaysia. Beliau mempunyai 3 orang saudara kandung. Beliau adalah anak yang kedua. Abang sulung beliau meninggal dunia semasa berumur 7 hari. Sementara adik lelaki beliau bernama Nai Yot Suwannarat adalah waris tunggal menyambung keturunan Suwannarat.

Semasa Nai Chum Suwannarat berusia 13 tahun, bapa beliau telah menyerah beliau kepada Phra Acharn Oon, Wat Pakkhla (Wat Chang Deng) untuk belajar ilmu keagamaan. Tidak berapa lama kemudian, Phra Acharn Oon lumpuh dan terpaksa keluar dari sami. Anak murid Phra Acharn Oon bernama Phra Kwanthong telah menyerah Nai Chum kepada Phra Acharn Thong, Wat Kampung Padang. Semasa bersama Phra Acharn Thong, beliau dapat mempelajari ilmu 7 tamnan, 12 tamnan dan Phrapatimok.

Jadi Sammanen

Semasa berusia 16 tahun, Nai Chum menjadi sammanen di wat Phra Acharn Si iaitu Wat Pakkhla pada 22 Mei 1904 hari Ahad. Selama 1 tahun menjadi sammanen dan tinggal di Wat Pakkhla, beliau dapat belajar ilmu-ilmu keagamaan daripada phra Acharn Si. Pada tahun 1905 beliau keluar dari jadi sammanen dan menjadi orang biasa untuk membantu keluarga. Beliau membantu ibubapanya mengusahakan bendang, dusun dan juga membela binatang ternakan. Keluarga beliau adalah dari golongan pertengahan.

Jadi Sami (Bhikkhu)

Semasa berusia 20 tahun, Nai Chum menjadi sami. Ramai saudara mara mengadakan majlis keramaian bagi meraikan niat murni Nai Chum menjadi sami. Beliau jadi sami pada 21 Jun 1908 hari Ahad di wat Pakkhla, Kampung Pakkhla. Phrakhru Visutsilayan Siyakmani (Chui), Ketua Sami Kedah merangkap Ketua Sami Wat Kg. Titi Akar, Pendang sebagai "upacha" dan Phra Samuk Oon Thong Prommasaro, Wat Titi Akar sebagai Kamwachacarn serta 12 orang lagi sami. Beliau telah diberi gelaran Phra Chum Cheiyamani.

Phansa Pertama
Tinggal bersama Phra Acharn Plian di Wat Lampam untuk belajar ilmu-ilmu keagamaan seperti Phrathamvinai dan ilmu Phrapatimok. Beliau juga seorang tukang kayu dan pandai dalam sektor pembinaan.

Phansa ke 2
Balik ke Wat Pakkhla dan mula membangunkan wat tersebut. Banyak bangunan yang berjaya dibina oleh beliau. Sehingga beliau disanjung dan dihormati oleh masyarakat sekitar.

Phansa ke 4
Pada tahun 1911, beliau telah dilantik menjadi Ketua Sami Wat Pakkhla. Setelah menjadi Ketua Sami, beliau berusaha memimpin dan mendidik sami-sami, sammanen dan penganut-penganut Buddha dari segi agama, adat resam dan budaya masyarakat Thai. Supaya khazanah dan identiti masyarakat kita dapat dikekalkan dari generasi ke generasi.

Phansa ke 17 - 25
Pada 1923 beliau telah menerima jawatan sebagai Phra Vinaithorn. Pada 1932 menerima jawatan sebagai Phra Thamthorn, mengikut pesanan Phrakhru Visutsilayan Siyakmani, Ketua Sami Kedah merangkap Ketua Sami Wat Kg. Titi Akar.

Phansa ke 31
Pada tahun 1938, menerima jawatan sebagai Phra Uphaca (Phra Prakthuan). Di atas sumbangan beliau terhadap agama dan masyarakat, beliau telah dilantik menjadi Ketua Sami Kedah. Hasil daripada kebaikan dan pahala yang beliau lakukan selama ini maka dengan ajaibnya air liur beliau boleh menjadi ubat. Menurut cerita Nai Praphan Suwanlaong, Kg. Tong Prok, suatu ketika Phrakhru Nikrodhammathada telah dijemput untuk sembahyang (Suad Ban) di rumah seorang Cina. Tuan rumah meletakkan minyak dalam cawan kecil di hadapan Phrakhru Nikrodhammathada semasa Phrakhru sedang sembahyang. Tujuannya untuk meminta Phrakhru menjampi untuk dijadikan ubat bagi merawat anaknya yang sakit.

Semasa Phrakhru sedang sembahyang dan kebetulan juga Phrakhru dahaga. Beliau telah meminum minyak tersebut yang disangkakan teh cina oleh beliau. Apabila beliau sedar bahawa apa yang beliau minum itu minyak, beliau meludah balik ke dalam cawan tersebut. Tuan rumah yang melihat gelagat Phrakhru, menyangka phrakhru telah menjampi minyak tersebut lalu mengambil minyak itu mengubati anaknya. Anak tuan rumah tersebut pun sembuh dari penyakit. Berita ini telah tersebar luas dan menjadi bualan orang ramai. Mereka telah menggelar Phrakhru Nikrodhammathada sebagai "Oochi" (dalam bahasa Cina) yang bermaksud Lidah Hitam atau "Luang Phor Lindam". Gelaran tersebut kekal sampai sekarang.

Phansa ke 35
Mendapat gelaran Phrakhru Nikrothammanodcayakthada, Ketua Sami Kedah.

Phansa ke 43
Menerima surat perlantikkan sebagai Ketua Sami Kedah daripada Tengku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada 14 Rejab 1369 bersamaan 1 Mei 1950.

Phansa ke 55
Menerima surat perlantikan gelaran sebagai Phra Nikrodhammathada Therawut Khunnaphiwat Rajsaiburi Sangghapamok dari Raja Phumiphol Adulyadej, Raja Thailand pada 5 Disember 1962 di Istana Bangkok, Thailand.
Moranak (Meninggal dunia)

Beliau meninggal dunia pada 21 November 1966 hari Isnin jam 11.30 malam di Wat Thepchumnum, Kg. Baru Naka, Padang Terap, Kedah. Beliau meninggal dunia akibat mengidap penyakit darah tinggi. Mayat beliau telah dibakar pada 11 Mac 1968 di Wat Nikrodharam, Alor Setar, Kedah.

Sumber;
Buku cenderahati semasa upacara pembakaran mayat Phrakhru Nikrodhammathada pada 11 Mac 1968 di Wat Nikrodharam, Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah.

Disediakan oleh; Manit Sripradit, 16 Mei 2000

=========================================

Life history of PHRAKHRU NIKRODHAMMATHADA ,

born at 18 July 1888,wednesday at Kampung Phakhla, Daerah Padang Terap, Negeri Saiburi(now Kg. Chang Deng, Daerah Padang Terap, Kedah)

His original name is Nai Chum Suwannarat.
Nai Boon Keow Suwannarat is His father
Nang Boon Thong Suwannarat is His mother
All are Malaysian Thai.

PHRAKHRU is the second son, His brother passed away at 7 days old.His brother,Nai Yot Suwannarat is the only one that continue the Suwannarat generations

When Nai Chum Suwannarat was 13years old, His father send Him to Phra Acharn Oon, Wat Pakkhla (Wat Chang Deng) to learn religion knowledge. After some times, Phra Acharn Oon paralyze and need to unrobe. Phra Acharn Oon diciple named Phra Kwanthong send Nai Chum to Phra Acharn Thong, Wat Kampung Padang, when with Phra Acharn Thong, Wat Kampung Padang, Nai Chum learned 7 tamnan, 12 tamnan and Phrapatimok.

Becoming Sammanen

When Nai Chun was 16 years old, He became sammanen at Phra Acharn Si which is Wat Pakkhla at 22 Mei 1904 SUNDAY. Almost a year he became sammanen and stay at WAT PAKKhla. He then able to learn all religions stuff from Phra Archan Si.
On 1905 , he quit sammanen and become normal person to help family. He help his parent on their farm& poultry . His family are Mid-range ppl.

Becoming Monk

When Nai Chum was 20 yeasr old , He became monk. Alot of relative organize a ceremony to celebrate Nai Chum of becoming monk. He ordinate at 21 Jun 1908,Sunday at wat Pakkhla, Kampung Pakkhla. Visutsilayan Siyakmani (Chui), chief monk of Kedah get Chief monk of Wat Kg. Titi Akar, Pendang as upacha and Phra Samuk Oon Thong Prommasaro, Wat Titi Akar as Kamwachacarn together wit 12 other monks. Nai Chum being title as Phra Chum Cheiyamani.

1st Phansa

Stay with Phra Acharn Plian at Wat Lampam to learn religions stuff like Phrathamvinai and Phrapatimok knowledge. Phra is a carpenter and good in building sector.

2nd Phansa

Back to Wat Pakkhla and started to build the Wat. Alot of building successfully built by Him until alot of ppl respect Him.

4th pHANSA

on 1911 , He is elected as Wat Pakkhla abbot.AFter being abbot , HE trained alot of monks , sammanen , and Buddhist on all religious and Thai cultures stuff. So that their identity and cultures can maintain to the next generations.

17 - 25 Phansa

On 1923 , He become Phra Vinaithorn, On 1932 , he accepted the position as Phra Thamthorn form the msg from Phrakhru Visutsilayan Siyakmani, Chief monk of Kedah.

31st Phansa

on 1938 , He become Phra Uphaca (Phra Prakthuan). On his supports to the comunity, he become Chief Monk of Kedah.From all the good merit and deeds that He had done, His sliva can become medicine..
From a story from Nai Praphan Suwanlaong, Kg. Tong Prok, There was a time Phrakhru Nikrodhammathada being invited for praying (Suad Ban) at a chinese hse. The Chinese then place a glass of oil in front of Phrakhru Nikrodhammathada when Phrakhru is still praying. His purpose is to ask Phrakhru to bless the oil to cure his son.

When Phrakhru was praying and thirsty, He drink th oil which he tot is Chinese tea and split it out after knowing its oil. The Chinese then tot the oil is been Blessed and then he took trhe oil for his son. Later his son recover and stories spread around after this. Then alot of ppl bagan to address Phrakhru Nikrodhammathada as Oochi" (dalam bahasa Cina) known as Black Tongue or LP Lindam. The title stays until now.

35th Phansa

Get title as Phrakhru Nikrothammanodcayakthada,Kedah Abbot

43rd phansa,

Received letter as Chief Abbot from engku Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah at Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah at 1 Mei 1950.

55th Phansa

Received letter of offer as Phra Nikrodhammathada Therawut Khunnaphiwat Rajsaiburi Sangghapamok from king Phumiphol Adulyadej Thailand king on 5 Disember 1962 at Bangkok palace, Thailand

Moranak ( Passed Away )

Phra passed away on 21 November 1966,Monday at 11.30pm at Wat Thepchumnum, Kg. Baru Naka, Padang Terap, Kedah. He passed away because of high blood pressure.
His corpse is burned at 11 Mac 1968 at Wat Nikrodharam, Alor Setar, Kedah.

Source ;

Souvenir Book during burning ceremony of Phrakhru Nikrodhammathada body at 11 Mac 1968 at Wat Nikrodharam, Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah. 





No comments:

Post a Comment